Korea Selatan mengerahkan jet pejuang dan melepaskan tembakan ke udara sebagai memberi amaran kepada Korea Utara yang didakwa menerbangkan beberapa dron merentasi sempadan negara pada Isnin.<br /><br />Ia berlaku jam 10.25 pagi waktu tempatan, apabila Korea Selatan mengesan lima dron cuba melintasi sempadan ketenteraan di bandar Gimpo.